Saturday, January 7, 2012

Sudah celik atau masih buta?

Gelagat manusia itu pelbagai.
Fikiran manusia juga pelbagai.
Macam-macam ragam kerenah manusia.
Ada dilihat indah,ceria,pelik,punya masalah

Hendak menafsir bagaimana?
Dengan akalkah?
matakah?
telingakah?
Atau apakah?

Manusia punya minda masing2.
Manusia juga punyai jiwa,akal,dan rasa.
Namun bagaimana?
Kita bukan Tuhan yang arif tentang segalanya.

Prasangka baik itu perlu.
Berserah sajalah pada ketentuan-Nya
Pasti ada hikmah rahsia-Nya disebalik semua.
Berharap hanya pada Dia yang satu.

|^_^|______|^_^|



“Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi

 kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah

 Yang Mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya. 

                               (Surah Al Baqarah 2: 216)” 

No comments:

Post a Comment