Friday, January 27, 2012

Life is Short!!!

hidup manusia kadarnya pendek sahaja.mungkin tamatnya hri ini.mungkin esok,mungkin lusa,tak siapa dapat menduga.

Demi masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.
(Al-'Asr 103:1-3)

bangkit berjuang bagai perwira perkasa.bangun sedar dari tidak sedar.



Tuesday, January 17, 2012

Tuesday, January 10, 2012

Angin tak nampak tapi boleh rasa wujudnya ia.

Dimulakan dengan Bismillah:

Dah lama juga tak ke pantai.Viewnya indah.Menenangkan jiwa dan fikiran.Tenung dalam2 lautnya yang membiru.Langit terbentang indah,sesekali burung2 gergasi membelah awan.Alangkah tenang.

Bukan pantai Malaysia.
Tapi,pantai ini bukan pantai biasa.Tak sangka tempat ni dah banyak berubah.Pasir putih pantai itu yang menjadi kawasan permainanku ketika dulu dah takde.Hilang dibawa ombak tenggelam dibawa gelombang.Memang baru-baru ini berlaku ombak besar kat situ.Kawasan pantai dah tak nampak macam pantai.Tebingnya dah tak de.

Angin sepoi2 bahasa membawa memoriku sewaktu kecil dahulu.Kenangan zaman kanak2,kembali menggamit memori.Ah,indahnya jika saat itu kembali lagi,jiran-jiranku yang dahulu,aku teringat akan kalian.Teman permainanku sewaktu kecil,entah dimana kalian sekarang.Jauh dari kawasan ini,andai ada mesin rentas waktu~~keluh benak hatiku.Lain jiwa manusia sejajar peredaran umur mereka.Semakin berkembang.Tak ade perkara sangat nak fikir.
                       
                                      ***

"Eh adik,jangan main tukul tu ,bahaya!!"nasihatku.Biasalah naluri kanak2 selalu aja nak cuba perkara baru.Tajam tumpul ape kisah.Semuanya mainannya.Tukul takpe.Jangan kapak yang jadi mainannya.

                               
 ~Sesungguhnya segala keindahan dan keunikan adalah milik-Nya~

Sunday, January 8, 2012

Makhluk Tuhan

       Pagi  adalah permulaan hari.Waktu manusia keluar mencari rezeki.Rezeki Allah ada dimana2.Kita tak dapat menjangka.Tugas kita hanya perlu berusaha.Rezeki dari pelbagai bentuk.Dari pelbagai arah.Tuah ayam nampak di kaki.Tuah manusia tiada siapa yang tahu.

Ps: Burung:Aku mahu mencari.Pasti ada rezeki untukku.

Kuburan yang menyeru...

Deruan angin senja.Mengingatkan aku tentang satu perkara yang pasti tiba.Saat yang pasti.Tamatnya riwayat seorang manusia.Cuma kita tak tahu bila.Yang pasti hanya perlu bersedia.Mengingatinya.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Apabila meniggalnya seorang manusia, maka putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

~(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)~

Saturday, January 7, 2012

Sudah celik atau masih buta?

Gelagat manusia itu pelbagai.
Fikiran manusia juga pelbagai.
Macam-macam ragam kerenah manusia.
Ada dilihat indah,ceria,pelik,punya masalah

Hendak menafsir bagaimana?
Dengan akalkah?
matakah?
telingakah?
Atau apakah?

Manusia punya minda masing2.
Manusia juga punyai jiwa,akal,dan rasa.
Namun bagaimana?
Kita bukan Tuhan yang arif tentang segalanya.

Prasangka baik itu perlu.
Berserah sajalah pada ketentuan-Nya
Pasti ada hikmah rahsia-Nya disebalik semua.
Berharap hanya pada Dia yang satu.

|^_^|______|^_^|



“Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi

 kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah

 Yang Mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya. 

                               (Surah Al Baqarah 2: 216)”