Monday, May 2, 2011

penting ke masa??

Alhamdulillah....setelah beberapa peristiwa berlaku,aku telah menyedari bahawa pentingnya masa ataupun waktu..setiap detik yang telah berlalu pastinya tidak akan boleh diundur kembali..walau berabad menunggu pasti ianya hanya sekadar begitu..hanya perkara yang boleh dilakukan ialah berubah memperbaiki diri..apa yang tejadi pada hari ini pasti menjadi permulaan pada sesuatu perkara..setiap kejayaan pasti ada permulaannya..

Kadangkala kita memberikan waktu kita untuk urusan yang tidak berfaedah ..kadangkala 'kesibukan' kita menyebabkan kita kelewatan untuk urusan  lain...kelewatan kita menjadi masalah kepada orang lain..mungkin kelewatan itu punyai alasan,tapi setiap alasan itu adakah bisa diterima..hanya kerana kita urusan orang lain tergendala..tidak terfikirkah kita manusia lain juga punyai agenda mereka juga...masa mereka juga berharga..tidak bisa dijual beli...namun mengapa kita tidak mampu menepati masa..sedangkan semua manusia diberi jam dan minit yang sama..
.
pepatah arab: WAKTU UMPAMA PEDANG
pepatah melayu:MASA ITU EMAS
pepatah cina:TIME IS MONEY.

Masa yang telah berlalu x boleh diundur walau sesaat..pengurusan masa amat penting..emas dan duit begitu berharga,namun masa lebih berharga dari itu..masa itu juga berbahaya jika tidakmelawannya..Marilah kita sama2 berubah menjadi manusia yang menghormati dan menghargai masa.Andai anda mampu menghormati waktu,anda adalah dari kalangan orang yang berjaya.

Firman Allah dalam surah Al-Asr:
[1]Demi Masa!
[2]Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.



Ramai diantara kita mampu untuk bangun pada awal pagi untuk bersiap atas urusan kerja..namun mengapakah kita tidak mampu bangun awal waktu semata-mata untuk beribadat kepada-Nya..meraih ganjaran pahala yang berlipat ganda..





















No comments:

Post a Comment