Tuesday, December 28, 2010

Setitis kata..


Tajuk Nasyid : Nota Cinta
Artis : Saujana
Album : Nota Cinta



Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah

Thursday, June 17, 2010

mc

Without Allah,
Our week would be:
Sin-day
Mourn-day
Tears-day
Waste-day
Thirst-day
Fight-day
Shatter-day
7 days without Allah makes
One-WEAK
Ingatlah Allah hati akan tenang..

Thursday, June 10, 2010

Gaza menanti..

Menanti Damai Di Gaza 

Palestin terus berdarah
bumi Gaza dibakar lebur
Dunia bungkam, langit kelam
Anak kecil menangis, si ibu meratap, si ayah syahid
Masih bertahan mereka di dunia yang terpenjara
Menanti merdeka yang tak kunjug tiba.
Baru semalam si anak bertanya
Bila lagi damai akan tiba
Anak kecil itu berlari hingga ke kaki langit
Menjerit damai masih belum tiba
Di atas bumi yang damainya hanyalah harapan
Si anak kecil masih tertawa
tetapi bukan kerana riang
kerana si ibu cuba berjenaka
menghilang tangis dan rasa duka
Anak tadi sudah magli dengan segala dentuman
Yang paling mengejutkan
si anak tidak mengerti damai itu apa

Baru semalam bumi Gaza merkah
merah disimbah darah
hangat harum semerbak
laksana kasturi disyurgawi
dicelah runtuhan batu
jemari halus si anak tadi terkulai layu
walau cuba dialih
Dunia tetap memerhati
Di pintu langit suara si anak rupanya disahut
Penghuni langit mendengar suara itu
si anak tadi merayu
Langsung dijawab rintihan penuh sayu
damai dan kemenangan tetap akan bersatu.

NURANI MAARIF, Sabtu 3 Januari 2009.

Wednesday, June 9, 2010

Natural beauty......

sehalus halus ciptaan Allah yang unik...

Friday, May 7, 2010

From the eye of the beholder...


Apabila jendela terbuka...segala ruang isi luarnya sedia diteroka untuk mencari dan terus mencari keajaiban ciptaan-Nya........

Saturday, March 13, 2010

Rasulullah SAW...

Nak cemerlang tak?

35 Petua Pelajar Cemerlang

( DR. FADZILAH KAMSAH )


PELAJAR CEMERLANG AKAN
Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut
Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

a) kita ingat 10% apayang dibaca
b) kita ingat 20% apa yang didengar
c) kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
d) kita ingat 70% apa yang dicakapkan
e) kita ingat 90% setelah dipraktikkan

1. Belajar secara aktif dengan pen/ pensil ditangan
2. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu ( tidak termasuk kerja rumah )

3. Belajar dalam persekitaran kondusif
a) pastikan cahaya adalah terang
b) kurangkan gangguan bunyi
c) tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
d) tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
e) kerusi dan meja menghadap kiblat
f) janagan lupa untuk senyum

4. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan
5. Mengulang kaji menggunakan kaedah output learning iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku / nota, ingat kembali, lakar / tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan

6. Tahu teknik merangsang memori:
a) memasukkan maklumat dalan memori ( registration )
b) menyimpan maklumat dalam sel memori ( retention )
c) mengingat kembali ( recall )
d) menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain ( application )

7. Sentiasa awal dan mendahului
a) persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru
b) pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya
c) belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan

8. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar
9. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru

10. Mempunyai teknik membaca yang betul
a) duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
b) membrika tumpuan sepanuhnya
c) menggunakan jari telunjuk untuk membaca
d) menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

11. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas
12. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan
13. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih
14. Mengadar rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji
15. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri ( study according to your biologicl clock ).
16. Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas,selepas baca al-quran / zikir selepas riadah dan selepas berdoa
17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar ( kita akan lupa 80% selepas belajar )
18. Mengulang kaji secara persendiran atau berkumpulan
19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sbelum peperiksaan.
20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa

22. Tahu petua mengulang kaji
a) cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
b) siapkan semua ?bekalan? dengan sempurna
c) duduk tegak dikerusi yang selesa
d) baca doa penerang hati
e) baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
f) fikir dan ingat kembali isi utama
g) catat / lakar
h) semak semula ketepatan maklumat
i) ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
j) buat rumusan
k) jawab soalan
l) tampal maklumat yang rumit di dinding
m) baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya

24. Tahu petua-petua agar tidak lupa
a) jangan makan kepala ikan
b) jangan makan organ dalaman
c) jangan minum semasa makan
d) jangan minum atau makan makana yang tercemar oleh semut
e) jangan melihat kemaluan
f) jangan melihat buih
g) jangan membaca nama pada batu nisan
h) banyakkan makan makanan yang mengan dungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
i) banyakkan makan kismis, kurma dan madu
j) banyakkan makan kekacang
k) pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
l) jangan makan sehingga terlalu kenyang
m) jangan kencing berdiri

25. Tahu kemahiran mengingat
a) tampal nota-nota penting di dinding
b) tukar perkataan, ayatb atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
c) gunakan kaedah akronim
d) reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
e) pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

26. Cekap mengatur jadual belajar
a) mempunyai jadual belajar
b) patuh kepada jadual
c) buat jadual yang boleh diikuti

27. Tidak menangguh belajar disaat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar
28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahjui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatka penyelesaian dari orang yang lebih arif
29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar
30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa
31. Membawa nota kemana-mana sahaja ( kecuali ke tandas )
32. Pelbagaikan tempat belajar
33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya

35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
a) taat kepada Allah
b) mendirikan sembahyang
c) menghormati kedua ibu bapa dan setiasa mendoakan mereka
d) hormati & sayangi gru
e) bersungguh-sungguh dal;am melakukan kerja untukmencapai kecemerlangan
f) suka pada setiap mata pelajaran yang disukai
g) membantu rakan yang memerlukan
h) berdoa dan bersyukur kepada Allah
i ) sentiasa bertawakal
j) mahir dalam setiap mata pelajaran

Kembali cemerlang...

Tahniah atas kecemerlangan calon SPM 2009,tahniah atas semua result yang cemerlang,calon spm yng dapat straigt A menigkat tahun nie..semoga kecemerlangan tersebut berterusan..semoga semua menerima result SPM dgn senyuman...cabaran makin b'tambah dari thn ke thn.. Allah SWT tidak pernah memberikan yang tidak baik pada hamba-hamba-Nya.
Cuma , apakah kita mampu menerima keputusan Allah dalam keadaan terbaik, yakni dalam keadaan redha pada-Nya?Result SPM yg diambil dlm waktu persekolahan beri semngat kpd calon SPM pd tahun 2010 utk jd lebih baik drpd mereka..Semoga sejarah kita kembali mekar..Inilah sejarah kita,agar kebangkitannya berulang kembali.Enjoy this video

Friday, February 26, 2010

Maher zain..




~OPEN YOUR EYES~
look around yourselves
cant you see this wonder
spreaded in front of you
the clouds floating by
the skies are clear and blue
planets in the orbits
the moon and the sun
such perfect harmony
let's start question in ourselves
isnt this proof enough for us
or are we so blind
to push it all aside
no
[chorus]
we just have to
open our eyes, our hearts, and minds
if we just look bright to see the signs
we cant keep hiding from the truth
let it take us by suprise
take us in the best way
[allah]
guide us every single day
[allah]
keep us close to you
until the end of time
look inside yourselves
such a perfect order
hiding in yourselves
running i your veins
what about anger love and pain
and all the thing you are feeling
can you touch them with your hand
so are they really there
lets start question in ourselves
isnt this proof enough for us
or are we so blind
to push it all aside
no
[chorus]
when a baby's born
so helpless and weak
and you are watching him growing
so why deny
whats in front of your eyes
the biggest miracle of life
[chorus]
you created everything
we belong to you
Ya Rabb we raised our hand
Forever we thank you

Thursday, February 11, 2010

Doa Taubat...



Semoga Allah menerima taubat hambanya...

Aurora..Cahaya yang Menakjubkan...

Auroras are the result of the emissions of photons in the Earth's upper atmosphere, above 80 km (50 miles), from ionized nitrogen atoms regaining an electron, and oxygen and nitrogen atoms returning from an excited state to ground state. They are ionized or excited by the collision of solar wind particles being funneled down and accelerated along the Earth's magnetic field lines; excitation energy is lost by the emission of a photon of light, or by collision with another atom or molecule. Aurora hanya dapat dilihat di langit dan hanya boleh dilihat di latitud yang tinggi.Aurora terdapat di kawasan kutub spt:Alaska,Iceland,Kanada,Finland-kutub utara:Australia n Antartika-kutub selatan..Aurora blh dilihat dlm pelbagai warna spt hijau,ungu ,merah,biru hasil drpd pengionan melalui tenaga yang tinggi..Memang cantik...syangnye cahaya ni x de kat Malaysia...

Sains disebalik wuduk...


Solat seseorang itu tidak sah jika tidak diambil wuduk.Berwuduk ada rahsianya tersendiri terutama dari dudut kesihatan.Antaranya ialah
  • wuduk merangsang pusingan biologi manusia kerana ia merangsang kawasan2 tertentu yg dikenali sbg kwsn aktif biologi(biological active spots).Ia akan merangsang sistem saraf seseorang sekaligus memberi kesan baik terhadap kesihatan.Menurut ilmu perubatan cina,66 drpd 700 kawasan memberi kesan segaera apabia dirangsang.61drd 66 kwsn tersebut berada di kwsn wuduk utama umat islam.5 lg di kawasan disunatkan berwuduk.
 
  • Apabila seseorang menyentuh mukanya apabila berwuduk,ia merangsang saraf utk mengecas semula organ2 spt usus,perut,pundi kencing n dll.Membasuh muka dapat menyegarkan org yang mengantuk.
 
  • Apabila kawasan kaki kanan dibasuh,dan digosok,ia memberi kekuatan semula kpd saraf utk mengelokkan semula sistem tulang, usus dan pankreas
 
  • wuduk juga mencegah kanser,ini kerana,punca kanser ialah bahan kimia yg melekat pada kulit seseorangksn drpd pencemaran .pembasuhan badan melalui euduk dpt mengelakkan perkara ini.
 
  • berkumur dpt membersihkan mulut drpd bakteria2 yg terdapat dlm mknn.Disebabkan itulah disunatkan b'siwak sblm solat.
  • membasuh tangan dpt mengurangkan risiko penyakit.kerana sentuhan melalui tgn paling banyak berlaku dan kotoran dpt dihapuskan dengan membasuhnya.Tabiat membasuh tgn dgn sempurna dpt menyelamatkan nyawa lbh kurang 1 juta kanak2 negara miskin..

 "Seumur hidup kita, pernahkah kita bermudah-mudah, bersikap sambil lewa
atau tergesa-gesa ketika berwuduk, walaupun sekali? Adakah waktu itu
kita merasakan wuduk itu tidak sepenting sembahyang?Walaupun
diketahui umum, wuduk yang tidak sempurna akan merosakkan sembahyang
itu sendiri.Berwuduklah dengan sempurna kerana berwuduk amat sesuai dan relevan amat sesuai untuk kehidupan manusia terutamanya pada zaman sekarang.Yg paling penting wuduk merupakan syariat drpd Allah.Sesungguhnya terdapat pelbagai rahsia disebalik setiap suruhan dan larangan Allah.