Wednesday, December 16, 2009

Salam Maal Hijrah 1431H..





Selamat menyambut tahun baru hijrah yg ke 1431...
Tahun hijrah ini bermula sejak Rasullullah s.a.w. berhijrah dari Mekah ke Madinah.
Tahun hijrah ini dijadikan sbg takwim hijrah pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Al-Khatab.
Renunglah diri kita apa pencapaian kita pada tahun yang lepas2.
Apa yang kita nak capai selepas ini...Umat Islam juga perlu berhijrah dari takuk yang lama ke arah satu paradigma yang baru berdasarkan

  • Sahsiah dan sikap
  • Hala tuju
  • Ilmu dan amal
Marilah kita sama2 berhijrah untuk peningkatan diri..supaya menjadi lebih baik dari sebelumnya .Bukannya menjadi lebih teruk dari sebelumnya.
Semoga hijrah songsang ini tidak berlaku pada diri kita.

Ketahuilah bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, mafhumnya:

“Barangsiapa yang hari ini lebih bagus dari semalam, maka dia dari kalangan yang beruntung. Barangsiapa yang hari ininya sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang merugi. Barangsiapa yang hari ininya lebih teruk dari semalam, maka dia dari kalangan yang celaka”

No comments:

Post a Comment