Wednesday, December 16, 2009

Salam Maal Hijrah 1431H..





Selamat menyambut tahun baru hijrah yg ke 1431...
Tahun hijrah ini bermula sejak Rasullullah s.a.w. berhijrah dari Mekah ke Madinah.
Tahun hijrah ini dijadikan sbg takwim hijrah pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Al-Khatab.
Renunglah diri kita apa pencapaian kita pada tahun yang lepas2.
Apa yang kita nak capai selepas ini...Umat Islam juga perlu berhijrah dari takuk yang lama ke arah satu paradigma yang baru berdasarkan

  • Sahsiah dan sikap
  • Hala tuju
  • Ilmu dan amal
Marilah kita sama2 berhijrah untuk peningkatan diri..supaya menjadi lebih baik dari sebelumnya .Bukannya menjadi lebih teruk dari sebelumnya.
Semoga hijrah songsang ini tidak berlaku pada diri kita.

Ketahuilah bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, mafhumnya:

“Barangsiapa yang hari ini lebih bagus dari semalam, maka dia dari kalangan yang beruntung. Barangsiapa yang hari ininya sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang merugi. Barangsiapa yang hari ininya lebih teruk dari semalam, maka dia dari kalangan yang celaka”

Tuesday, December 15, 2009

Si Nyamuk..


Tajuk saya hari ni adalah mengenai nyamuk..pasti ramai yg mengenali makhluk 'halus' ni..
jika nyamuk ini menggigit anda saya rasa tangan terus menimpa si nyamuk langsung tanpa belas kasihan..tanpa apa2 erti..tetapi sesungguhya Allah tidak menciptakan sesuatu melainkan untuk berfikir mengenai penciptaannya...

Percaya atau tidak,nyamuk mempunyai deria pengesan yang sangat sensitif,dia boleh mengetahui kehadiran mangsanya sekalipun dalam kegelapan malam
Tahukah anda,nyamuk mempunyai lbh kurang 100 mata.Mata2 inilah yg membantu mengesan isyarat2 kemudian dihantar ke otak

Nyamuk juga sebenarnya x menghisap terus darah(mencucuk belalai/jarum)tapi nyamuk sebenarnya membedah..ada organ dalam nyamuk yang membantu merobek kulit kita..iaitu gigi dan rahangnya)

Pernahkah anda digigit nyamuk?kadangkala langsung x sedar bila si nyamuk menjamah rezekinya..sedar2 dah merah(mcm bengkak).
sebenarnya nyamuk ada sistem pembius dalam badannya..terdapat zat khas yang dilepaskan utk melambatkan pembekuan darah

macam yg kita tahu dlm bdn kita ada platelet iaitu sejenis bahan yg membantu pembekuan darah..dia akn bertindak bila badan kita luka..

zat yg dilepaskan nyamuk tu utk mengelak pembekuan darah..

Nyamuk merupakan serangga penghisap darah..namun tidak semua nyamuk hisap darah sbg makanan hariannya..hanya nyamuk betina yg m'hisap darah...nyamuk jantan akan m'jadikan sari bunga sbg makanannya..nyamuk betina yg hisap darah sbb nk supply protein kpd telurnya..

Ya Allah..betapa uniknya penciptaan makhluk Allah yg sangat kecil ini.Banyak lagi perkara2 yg halus dan bersaiz nano ciptaan Allah..Demikianlah kekuasaaan Allah yg mencipta sekecil2 zarah malah ada yg lebih kecil darinya..Banyak hikmah yg ada di sebalik penciptaan-Nya..si nyamuk kecil ini bukanlah kecil dari segi semangatnya si nyamuk mempunyai pelbagai halangan ketika dlm p'jalanan ..ttp masih meneruskan perjalanannya..

Si nyamuk ini juga mampu memberi wabak penyakit kpd kita..ianya boleh menjadi pembawa (vector)kpd bakteria2 tertentu..contohnya pembiakan nyamuk aedes blh membawa kpd penyakit demam denggi..

p/s:Marilah kita sama2 mengkaji ciptaan Allah,merenung alam ciptaannya..bukan sekadar melihat..


sumber:image.google.mosquito
http://www.mosquito-pictures.com/
Ensiklopedia Kemukjizatan Sains dalam Al-quran &As-sunnah