Wednesday, September 23, 2009

Siapa mahu berjaya?


Apa cita-cita anda? Adakah kamu hendak jadi polis,jurutera,tentera,
pekebun, ustazah, nelayan, tukang rumah, usahawan, saintis atau apa? Apakah matlamat kamu? Kerana orang yang buat kerja tanpa matlamat macam orang gila. Tanpa tujuan, tak tahu kemana nak pergi ,nak buat apa, kenapa kena buat begitu dan begini. Matlamat itu penting dalam hidup kita . Kalau tidak, nanti kita terbabas dari landasan yang sepatutnya.

Dalam menetapkan matlamat hidup ia mesti jelas. Dengan adanya matlamat dan target untuk mencapai impian, kita boleh merancang apa yang perlu kita buat pada hari ini untuk kejayaan kita pada hari kemudian hari. Setiap cita- cita harus diiringi dengan usaha. Tidak ada kejayaan tanpa usaha. Dalam usaha pasti banyak halanganya.

Setiap masalah itu ada penyelesaiannya. Jangan risau! Ingatlah masalah itu sebagai cabaran yang harus di tempuhi. Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Cara kita menyelesaikan masalah itu penting. Masalah yang besar kita tidak boleh selesaikan sekali gus. Masalah itu hendaklah dipecahkan kepada unit-unit yang lebih kecil. Menyelesaikan masalah dalam unit yang kecil adalah lebih mudah dari menyelesaikan masalah yang besar. Oleh itu masalah kecil jangan dibesarkan. Carilah jalan pentelesaian yang sepatutnya.

Apa tujuan kamu belajar tinggi-tinggi, jika hanya bercita-cita kecil. Matlamat kita biarlah besar. Jika kita hendak menembak sasarannya biarlah bintang dilangit. Jika kita tidak mampu mencapai bintang dilangit biarlah pucuk daun yang paling tinggi sebagai sasarannya. Oleh itu jika hanya bercita-cita hendak berada di tingkat bawah. Tiadah gunanya. Apa yang penting, kita kena yakin pada diri kita sendiri, kalau hendak kita pasti boleh. Kita yang menentukan kejayaan kita. Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri mengubahnya.

Namun sebagai seorang insan kita perlu bersrah kepada qada' dan qadar Allah, segala-galanya berada di tangan Allah, tugas kita hanya berusaha. Hasilnya Allah yang tentukan. Tetapi, kalau kita mahu pasti dapat.
Ayuh mari kita teliti kelemahan diri kita agar dapat memperbaikinya ke arah yang lebih baik. Kelemahan yang terdapat pada diri kita perlu diperbaiki. Kelebihan dan kekuatan yang ada pada diri kita perlu digunakan untuk meningkatkan prestasi diri kita. Setiap orang mempunyai potensinya sendiri. Potensi itu macam bakatlah. Jika kita kenal bakat kita maka bakat itu boleh kita gilapkan untuk kecemerlangan kita dimasa hadapan.

Semalam adalah sejarah. Sejarah tidak boleh dipinda atau diubah tetapi kita hendaklah mengambil pengajaran daripada sejarah agar kita tidak lagi mengulangi kesilapan yang telah kita lakukan dimasa yang lalu. Orang yang tidak mengambil pangajaran daripada sejarah lebih bodoh dari orang yang gagal. Peluang yang diberi oleh Allah perlu digunakan sebaiknya. Jangan sia-siakan peluang yang ada.

Manusia adalah insan yang sering lupa. Manusia perlu sering diingatkan agar tidak alpa. Malas adalah penyakit yang tidak ada ubatnya di dunia ini. Hanya semangat manusia itu sendiri yang boleh mengubati penyakit malas. Tidak ada orang lain melainkan diri sendiri. yang boleh menolong kita, melainkan kita sendiri. Kita perlu sentiasa memotivasikan diri sendiri untuk mengatasi sifat malas. Segala makhluk ciptaan Allah boleh dijadikan sebagai sumber motivasi. Kita perlu berubah. Tidak Ada sesiapa yang boleh mengubah nasib sesaorang itu melainkan ditanya sendiri. Orang lain hanya boleh membantu seseorang untuk berubah, Orang lain tidak boleh mengubah sikap kita, hanya kita sendiri boleh mengubah sikap kita.

Kita memang tidak mampu . Jadi,semuanya bergantung pada diri anda sendiri bukannya orang lain. Anda yang menentukan kejayaan anda. Be the best among the best.

Dan ingatlah apabila kita sudah berjaya, jangan sesekali lupakan Allah,tuhan sekalian alam.Segala-galanya dalam dunia ini adalah milik Allah,Allah berhak menariknya bila2 masa sahaja.Kejayaan adalah milik semua,hanya usaha seseorang itu dapat menentukan samada dia berjaya atau tidak.seperti pepata arab siapa berusaha dia dapat hasilnya.

Salam kejayaan.

No comments:

Post a Comment