Wednesday, September 23, 2009

Motivasi SemuT


Semut ialah serangga sosial dalam famili Formicidae, dan bersama dengan penyengat dan lebah yang berkaitan, mereka tergolong dalam kumpulan Hymenoptera. Semut berevolusi daripada keturunan seakan penyengat dalam zaman pertengahan Usia Kapur antara 110 dengan 130 juta tahun lalu dan mempelbagai selepas muncul pokok bunga. Kini, terdapat lebih 12,000 spesies diklasifikasikan dengan anggaran atas lebih kurang 14,000 spesies. Mereka mudah dikenalpasti dengan antena yang menyigung dan struktur seperti nod yang tersendiri yang membentuk suatu pinggang langsing.

Semut membentuk koloni yang bersaiz daripada beberapa puluh individu pemangsa tinggal di rongga alamiah kecil ke koloni besar berorganisasi yang menghuni satu kawasan besar dan terdiri daripada jutaan individu. Koloni-koloni besar ini sebahagian besar ahlinya merupakan semut betina tanpa sayap mandul yang membentuk kasta "pekerja", "askar", atau kumpulan khusus lain. Koloni ini juga mempunyai semut jantan subur yang dipanggil "dron" dan satu atau lebih semut betina sebur yang dipanggil "ratu". Koloni-koloni ini kadangkala digambarkan sebagai satu superorganisma kerana semut-semutnya kelihat seperti berfungsi sebagai satu entiti bersatu, bekerja bersama-sama menyokong koloni.

ITulah serangga kecil yg bernama semut.semut adalah serangga yg sering kita lihat,namun x pernah kita perhatikan betul2 sikap semut itu,bahkan kita spray semut2 tue dgn ridsect..semut adalah
makhluk yang sangat terampil, sangat sosial, dan sangat cerdas banyak sifat2 + blh diambil dr semut:

  • semut amat rajin .merka saling bantu-membantu mencari makanan
  • cara mereka bertemu seolah-olah mereka bersalam -salaman
  • sedia awal..semut cari banyak makanan sebelum musim banjir
  • mereka mempunyai strategi
  • carat organisasi mereka juga yang rasional dan cerdik
  • mereka amat berdisiplin
  • semut bertahan dalam keadaan yang sukar
semut mempunyai masyarakatnya sendiri.masyarakat yg sering tolong-menolong.
Jadilah seperti semut yang kecil,tapi besar jiwanya

Namun , jgn jadi semut yg tersalah laluan hingga jatuh dalam air minuman,air tersebut tidak boleh diminum..ini kerana , semut mengeluarkan sejenis bahan kimia yang tidak baik untuk ingatan.Hindarilah air yg tercemar dengan semut..

No comments:

Post a Comment