Tuesday, June 9, 2009

Teman kesunyian...

Kesunyian sering kali membuatkan kita menjadi tidak keruan.Adakalanya kesunyian boleh membinasakan.Apabila kesunyian dan termenung,pasti ada suara yang membisik.

Sunyinya hati kita, sering menjemput seribu satu perasaan di hati.

Cabaran utama tika tiada manusia disekeliling, adalah perasaan di hati.

Tiada dapat mengisi hati melainkan dengan ayat-ayat yang membawa kita kembali kepada Pencipta, itulah yang akan menaikkan semula rasa di jiwa.

Apabila hati dan jiwa diisi selain dariNYA, semua itu pasti membinasa.

Tika segala kelakuan dirasa tidak menjadi, ambillah wudu’, basahkan anggota dirimu dengan wudu’, mudah-mudahan perasaan itu turut mengalir dengan mengalirnya air, mengambil hamparan sejadah lalu dirikanlah solat, panjangkanlah berdiri dan sujud.Semoga ianya membantu kamu.

Saranan Nabi agar dipanjangkan sujud kerana ketika itu, jarak seorang hamba dengan Penciptanya sangat rapat, luahkanlah segala yang terbuku dihati, agar segalanya dipermudahkan.

Insya-Allah, selesai solat, akan terasa ketenangan yang di hati yang sebelumnya resah.

Mudah-mudahan ini mampu memberikan permulaan penyelesaian tika dirimu buntu mencari siapa yang boleh mendengar isi hatimu.

Jika perasaan itu sering hadir,ulanglah ia, ulang dan ulang, agar perasaan itu dikembalikan pada yang selayaknya.

Allah, tempat tumpu cinta.


Friday, June 5, 2009

Al-Quran sbg sahabat.....

APA yg perlu kita lakukan untuk merapatkan diri kita dgn Al-quran??
Banyak cara yg kita blh usahakan untuk menanamkan minat membaca Al-Quran dalam diri kita
Antaranya ialah::::::::

  1. Kalau tak pandai bc Quran sekalipun,pandanglah Quran,ciumlah Quran dari hati sepuas-puasnya semoga hati kita terbuka utk membaca Quran.Kalau tak pandai nk sebut pun,dgrlah org membaca Quran,pahala org dengar bacaan Quran sma pahalanye dgn org yg m'bc......
  2. Letaklah Al-Quran di tempat yg mudah dicapai..bukannya letak di tmpat yg b'kunci.....kalau boleh kita letakkan Quran di semua ruang hatta di dapur....
  3. mesti biasakan diri m'bc Quran..terutama pd ms lapang
  4. Budayakan m'baca al-Quran setiap hari....
  5. Bacalah Quran sekurang-kurangnya 100 ayat satu hari klu mampu lar......klu tidah 10 ayat 1 hari pon dah cukup.....

KEHEBATAN AL-QURAN IALAH ALLAH MENJAGANYA....SEHARI KITA TINGGALKAN QURAN,10 HARI QURAN AKAN TINGGALKAN KITA..BAYANGKAN B'TAHUN2 KALAU KITA TINGGAL QURAN,QURAN TAK KENAL KITA.....

apa yg ditulis adalah sbg peringatan utk semua .termasuk diri penulis sendiri.....sama-samalh kita mengambil iktibar.....

dipetik::mjlah Anis,september 2008.....

Wednesday, June 3, 2009