Friday, April 17, 2009

pilihlah antara berlian atau kaca……..

Alam sekitar kian merana dek tangan – tangan rakus merobek kekayaan hutan tropika yang menjadi khazanah Negara atas alasan pembangunan dan kemegahan semata-mata.Jika bumi ini diberi jiwa seperti manusia ,sudah pasti bumi juga tidak sanggup lagi menanggung kesengsaraan yang merosakkan dirinya sendiri.kini,penipisan lapisan ozon,kesan rumah hijau,hujan asid,pembakaran hutan dan banyak lagi kesengsaraan yang ditanggung bumi.Hari Alam Sekitar yang disambut pada beberapa bulan yang lepas sepatutnya memberi kesedaran yang mendalam kepada diri setiap individu.marilah kita sama-sama menjaga kesihatan bumi kita yang paling kita sayangi.bumi merupakan tempat kita tinggal di muka bumi ini.jia semuanya musnah,tidak ada apa2 lagi yang tinggal untuk kita sayangi.Allah mencipta laut untuk memberi rezeki kepada kita.orang yangpemurah boleh diibaratkan seperti laut yang m,emberi rezeki kepada semua orang tanpa mengira rupa,bangsa,agama dan Negara.barangsiapa yang mencari rezeki di laut dialah yang akan mendapat hasilnya.Laut ini juga memberi ketenangan kepada manusia,ombak yang menghempas,bayu yang berpuput,ikan yang melompat,burung yang mencari seekor ikan ,nelayan yang mencari ikan demi sesuap nasi,saudagar kapal yang belayar ,pengembara yang merentas lautan samudera merupakan perkara biasa yang dilihat dilaut……………..

No comments:

Post a Comment