Thursday, April 9, 2009

Dua Perkara Berlainan , Impak Yang Sama

Bangsa yang memahami sejarah akan berupaya mencipta sejarah.

Seseorang yang mengetahui jatuh bangunnya sebuah kegemilangan, akan berupaya berdiri teguh dengan kegemilangan.

Dengan sejarah, perkara yang menyebabkan empayar hebat zaman dahulu berjaya dicipta pada hari ini dengan mengikut apa yang menjadi panduan mereka.

Apa yang menjatuhkan bangsa suatu masa dahulu diusahakan agar ianya tidak berulang pada hari ini.

Apabila dua perkara ini bercantum, ianya akan memaksimakan usaha membangunkan satu bangsa berjaya.

Seseorang yang mengetahui sebuah jalan banyak terjadi kemalangan tanpa mengetahui sebab-sebab kemalangan itu terjadi akan mengulangi kemalangan yang sama di tempat yang serupa.

Dengan mengetahui sebab kemalangan itu terjadi, pencegahan dapat dilakukan , akhirnya ianya akan meminimakan kemalangan yang akan berlaku.

Seseorang yang tidak berusaha mengetahui dan memahami sejarah hanya akan mengulangi episod-episod yang sama.

Mereka tidak akan berupaya mencipta sejarah , bahkan menjadi bahan rujukan generasi akan datang tentang keburukan yang dilakukan bangsa tersebut agar kesilapan yang sama tidak berulang.

No comments:

Post a Comment