Friday, April 17, 2009

Hormati yang tua,Sayangi yang muda

Dalam kehidupan merentas era kemodenan masyarakat malaysia ,ramai remaja yang menderhaka kepada ibubapa,yang melawan kata orang tua.perkara ini amat menyusahkan masyarakat dunia.pada pendapat saya,hal ini dapat ditangani jika kita mengamalkan konsep yang tua hormati yang muda,yang muda hormati yang tua atau yang lebih berusia daripadanya……..

pilihlah antara berlian atau kaca……..

Alam sekitar kian merana dek tangan – tangan rakus merobek kekayaan hutan tropika yang menjadi khazanah Negara atas alasan pembangunan dan kemegahan semata-mata.Jika bumi ini diberi jiwa seperti manusia ,sudah pasti bumi juga tidak sanggup lagi menanggung kesengsaraan yang merosakkan dirinya sendiri.kini,penipisan lapisan ozon,kesan rumah hijau,hujan asid,pembakaran hutan dan banyak lagi kesengsaraan yang ditanggung bumi.Hari Alam Sekitar yang disambut pada beberapa bulan yang lepas sepatutnya memberi kesedaran yang mendalam kepada diri setiap individu.marilah kita sama-sama menjaga kesihatan bumi kita yang paling kita sayangi.bumi merupakan tempat kita tinggal di muka bumi ini.jia semuanya musnah,tidak ada apa2 lagi yang tinggal untuk kita sayangi.Allah mencipta laut untuk memberi rezeki kepada kita.orang yangpemurah boleh diibaratkan seperti laut yang m,emberi rezeki kepada semua orang tanpa mengira rupa,bangsa,agama dan Negara.barangsiapa yang mencari rezeki di laut dialah yang akan mendapat hasilnya.Laut ini juga memberi ketenangan kepada manusia,ombak yang menghempas,bayu yang berpuput,ikan yang melompat,burung yang mencari seekor ikan ,nelayan yang mencari ikan demi sesuap nasi,saudagar kapal yang belayar ,pengembara yang merentas lautan samudera merupakan perkara biasa yang dilihat dilaut……………..

Thursday, April 9, 2009

Dua Perkara Berlainan , Impak Yang Sama

Bangsa yang memahami sejarah akan berupaya mencipta sejarah.

Seseorang yang mengetahui jatuh bangunnya sebuah kegemilangan, akan berupaya berdiri teguh dengan kegemilangan.

Dengan sejarah, perkara yang menyebabkan empayar hebat zaman dahulu berjaya dicipta pada hari ini dengan mengikut apa yang menjadi panduan mereka.

Apa yang menjatuhkan bangsa suatu masa dahulu diusahakan agar ianya tidak berulang pada hari ini.

Apabila dua perkara ini bercantum, ianya akan memaksimakan usaha membangunkan satu bangsa berjaya.

Seseorang yang mengetahui sebuah jalan banyak terjadi kemalangan tanpa mengetahui sebab-sebab kemalangan itu terjadi akan mengulangi kemalangan yang sama di tempat yang serupa.

Dengan mengetahui sebab kemalangan itu terjadi, pencegahan dapat dilakukan , akhirnya ianya akan meminimakan kemalangan yang akan berlaku.

Seseorang yang tidak berusaha mengetahui dan memahami sejarah hanya akan mengulangi episod-episod yang sama.

Mereka tidak akan berupaya mencipta sejarah , bahkan menjadi bahan rujukan generasi akan datang tentang keburukan yang dilakukan bangsa tersebut agar kesilapan yang sama tidak berulang.